Monday, August 19, 2013

Kisah hidupku 19 Ogos 2013

19/08/2013

di waktu pagi yang dingin.. "Bang Nuar... duit standby da masuk ke?"... dapat pula sms "Anwar, duit standby dah masuk?"...

isteriku melihat aku... nampak aku macam serabut... memang aku tengah serabut... duit.. duit.. duit..
cek tak dapat lagi.. duit belanja harian pinjam daripada isteri masih tidak dibayar lagi.. nak tunggu gaji, lagi 10 hari..

melihat anakku satu2nya permata hatiku yang sedang gelak-gelak melihat aku, hatiku sayu bayi yang baru berusia 7 bulan itu seolah-olah memahami masalah yang aku alami dan mendorong aku supaya ayahnya cekal dan tabah hadapi segala cabaran...

aku cuba sms dan hubungi rakan-rakan 'production' bila boleh aku dapat cek dan bayaran mereka ini untuk aku bayar kepada ambulans dan krew yang telahpun penat lelah mengorbankan cuti mereka untuk kerja tambahan ini... jawapan yang diperolehi masih samar-samar... aduh... pening... pening.. pening..

kepala aku pagi ini awal diserang 'migrain'... jarang sekali.. bila dah kena, rasa macam seorang pesakit stroke yang lumpuh sebelah anggota...

mendengar kembali suara dan melihat wajah anakku.. Adam... hatiku rasa sejuk dan kembali tenang.. sedih juga memikirkan duit belanja dah sifar. baki akaun dalam bank tinggal rm13.25! sedih sangat-sangat sebab Adam dah mula nak berjalan, niat di hati nak belikan walker adam masa raya ni, nak bagi makabah, isteri, adik-adik, nenek duit raya sepatutnya duit 'standby' patut dapat sebelum raya... namun apakan daya.. hanya tinggal kenangan..

sedih.. sedih.. sedih sangat-sangat..

'The Law of Attraction' dari panduan 'The Secret' mengajar aku supaya sentiasa fikir positif, gembira, dan percaya dengan apa yang kita impikan itu akan berlaku dan terjadi...

aku cuba positifkan diri aku.. gembirakan hatiku.. sejukkan hatiku.. dan percaya keajaiban akan berlaku..

Adam menceriakan suasana.. aku sangat gembira bermain-main dengan Adam bersama isteriku yang tercinta.. kami bertiga sangat seronok di dalam bilik bermain-main, bergurau senda... pendek kata.. lepas geram sangat-sangat kepada budak comel ini hingga tidak sedar jam hampir menunjukkan pukul 3 petang.

Muhammad Adam

Adam.. Adam.. Adam.. ayah rindu kat awak dan mama...

terlintas di fikiranku ke IPK. aku pernah 'standby' masa bulan Jun dulu di Shah Alam. mesti ada duit 'standby' yang tak ambil lagi ni. Lebih kurang 3 petang aku bergegas siap untuk ke IPK KL. mesti 'on the way' ke IPK KL dengan harapan 'production' akan 'call' beritahu dua-dua duit standby cek/tunai sudah boleh ambil.. meninggalkan anak dan isteri dengan penuh harapan.. ku kucup beberapa kali tanda kerinduan yang teramat kepada anak dan isteriku.. hati sebak.. sepatutnya cutiku ini bersama-sama mereka... mungkin aku kembali kepada mereka dengan selamat atau mungkin sebaliknya...

perjalanan dari Batangkali ke KL mengambil masa sejam lebih. tiba di IPK, aku periksa ada duit 'standby' bulan 6 aku tak ambil. RM60.00 sahaja tapi nilai itu cukup besar untuk aku... nak 'cover' duit minyak, 'Touch N Go' baki pun cukup-cukup makan, kredit telefon cukup-cukup makan... harap dapat duit 'standby' ni sedikit sebanyak dapat menyara aku sehari dua ni..

ermmm... "staf 'finance' yang jaga wang tiada.. pergi solat.. kejap lagi naik.. tunggulah kejap..." aku tengok jam 4.30 petang... ermmm.. aku pun tunggu...

5 petang - aku masih duduk menunggu, meninjau ke dalam... masih belum sampai... opis ni karang semua staf balik 5 lebih... seorang staf menyapa.. "manalah dia pergi.. nuar, tunggulah kejap ya... dia ada kat bawah tu, tak balik lagi. kereta dia pun ada lagi.. dia akan naik juga nanti.. tunggulah ya" tanya yang lain semua tak nampak, mereka nasihatkan aku supaya tunggu.. beliau akan naik juga.

5.20 petang.. aku setia menunggu dengan harapan yang menggunung.. sebak bila teringatkan Adam dan isteriku... aku mesti dapat duit hari ni... dari 12 orang staf di dalam opis sekarang tinggal 2 orang sahaja! semua dah balik! aku tunggu.. AKHIRNYA penantianku hampir sejam berjaya..

lebih kurang 5.30petang wanita yang ku tunggu itu muncul. Hatiku bersorak gembira.. terbayang wajah Adam menyorak gembira untuk ayahnya... baru nak menyapa.. tiba-tiba... dengan nada keras dan tertekan "TOLONG JANGAN KACAU SAYA! SAYA NAK MENYENDIRI!" terus masuk bilik dengan kod keselamatan tu.. dari kaca cermin terus masuk bilik pejabat dalam tu sambil menghempas pintu...

SEDIH.. SEDIH.. SEDIH.. AKU BUKANNYA SELALU DATANG KE IPK UNTUK TUNTUT DUIT SELALU. AKU HANYA DATANG SEKALI SEKALA JIKA AKU PERLUKAN. BILA ADA STANDBY TIADA ORANG, HUBUNGI AKU BAGAI NAK GILA PUJUK RAYU SAMPAI AKU KENA KORBANKAN MASA REHAT AKU DENGAN KELUARGA UNTUK STANDBY RM60.00 INI SHJ. PADAHAL AKU BOLEH DAPAT LEBIH BANYAK DARI JOB YANG LAIN. SEMUA YANG AKU LAKUKAN INI SEMANGAT UNTUK LIHAT KORANG SEMUA GEMBIRA. BANYAK JOB UNTUK KORANG AKU BUAT SUKARELA SEBAB AKU SAYANG PERGERAKAN INI! AMBILLAH DUIT ITU! AKU SEDEKAH!

sedih.. hampir sejam menunggu.. tiada hasil.. kena 'sound' lagi adalah.. call/sms production.. tiada jawapan seolah-olah kena bola... lagi sedih memikirkan nasib anak dan isteriku...

MIGRAIN.. MIGRAIN.. MIGRAIN.. kedua-dua anggota tangan dan kaki ku menggeletar...

duit di wallet tinggal RM30... lapar.. aku terus memandu keluar dari IPK menuju ke PJ dan ke UM dengan harapan dapat periksa baki di ATM banyak.. 'at least' adalah baki sekurang-kurangnya RM30... boleh keluar RM20..

tiba di persimpangan PPUM aku terus ke kedai mamak untuk makan maggi goreng kambing, minum nescafe ais, air kosong. Ya, dengan selera maggi goreng kambing, minum nescafe ais memang akan meredakan kemarahan, kesedihan, sakit kepala aku dari memikirkan masalah demi masalah yang menimpa...

Alhamdulillah selesai makan, terpacul di fikiran aku merancang saki baki hidup aku petang ini.. kalau nak balik rumah makabah di Hulu Langat jalan mesti 'jem' teruk.. lagi sakit makan minyak.. stress.. bertambah stress... lantas 'plan' aku.. keluar kedai, ikut UM.. singgah ATM.. check baki.. ada duit keluarkan walaupun sudah tahu baki tinggal RM13.25 sahaja (nak sedapkan hati).. singgah masjid UM.. mandi.. solat Maghrib.. lepastu K.I.V????

'plan' berjalan lancar.. selepas mandi di masjid UM.. terasa kesegaran badan yang teramat sangat... memang berbeza mandi di rumah, 'swimming pool', hotel, mana-mana selain rumah Allah ini.. niatku ikhlas.. ingin beriktikhaf, bermunajat kepadaMu Ya Allah. Hamba-Mu yang lemah ini ingin memohon pertolongan daripada-Mu Ya Allah wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. hatiku rasa aman... tenang berada di dalam rumah Allah hinggakan aku lupa terus masalah yang menimpa aku.. jiwa aku terasa aman dan sangat tenang...

sedang menunggu azan maghrib berkumandang di udara... tiba-tiba aku dapat panggilan dari 'production' "En Anwar, cek sudah siap. esok pagi boleh ambil ya"... Alhamdulillah... berita gembira... tak sampai 5 minit... panggilan lagi... kali ini standby lain bersama 'production'.. "Anwar, esok nak ambulans standby 8 pagi ya di KL.. cek ko yang standby haritu esok kitaorang bagi 'u' skali..." MasyaAllah, SubhanAllah, Maha Suci Allah.. Alhamdulillah, Segala Puji-Pujian hanya untukMu Ya Allah...

tatkala aku ingin mengadap-Mu Ya Allah ku terima berita gembira seolah-olah Engkau segera memberi pertolongan kepada hambaMu yang lemah lagi hina ini. Aku menangis dalam hati teresak-esak hingga air mata menitis sampai xsedar Azan Maghrib telahpun berkumandang di udara...

Aku menangis... hari ini dan semalam dan hari-hari sebelumnya aku tak solat subuh, tak solat Zohor, tak solat Asar,  Maghrib, Isyak!

Aku akui aku telah leka, lupa akan diKau Ya Allah, Satu-satunya Tuhan Yang Disembah, Satu-satunya Tuhan Yang Menguasai Sekalian Alam... Ya Allah, maafkanlah hambaMu yang lemah lagi hina ini.. aku tak layak ke syurga-Mu.. namun aku tak berupaya menahan seksa api neraka-Mu.. dari itu.. terimalah taubatku dan Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku, kedua ibubapaku, isteriku, adik-beradikku, keluargaku... sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..

memang benar.. jika kita lupakan Allah.. Allah akan lupakan kita...
tapi jika kita selalu ingatkan Allah.. Allah pasti akan ingatkan kita..
malah jika kita selalu meminta-minta dari Allah... pasti Allah akan beri sebanyak-banyaknya kepada kita sampai berlaku pelbagai keajaiban.. Kerana Allah itu Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, sedikit kesusahan dan ujian dari-Mu telah membuka mataku ini..
Moga-moga perjalanan hidupku yang masih jauh ini akan terus bersamaMu Ya Allah...

Pelbagai bermain di fikiran aku.. macam-macam plan untuk standby esok. Ambulans. 2 orang paramedik. Alat-alat. nak ambil cek. pembayaran elaun kepada petugas. Sedang asyik berdiri berfikir dan menunggu qamat solat Maghrib tiba-tiba seorang pakcik menyapa aku untuk jadi imam solat maghrib di rumah Allah itu.. MasyaAllah.. aku memang terkedu.. terkejut beruk!

Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya
Masjid UM yang besar dan ramai makmum ini, imam tak datang.. ada masalah.. tiada imam.. disapa siapa yang berdekatan.. memang terasa dihati nak.. peluang yang tidak pernah datang.. tapi bila memikirkan pakaian ku ; t-shirt Medic, seluar operasi. dah tu pula baru nak start solat setelah beberapa hari tinggal solat.. Aku tak layak! aku tak layak! aku tak layak mengimamkan mereka yang soleh dan solehah ini...

tiba-tiba sahaja seorang budak menyapa, "bang, abang Munif ketua Hijjaz ada di sana.. bolehlah dia jadi imam. Lantas aku berlari di sebalik dinding ruang solat utama ke arah yang ditunjukkan budak itu. MasyaAllah, SubhanAllah. memang benar abang Munif ketua kumpulan Nasyid Hijjaz baru sahaja selesai berdoa selepas solat sunat sambil memakai baju kemeja hijau hitam FREE PALESTIN. dengan rasa tak malu.. aku terus bersalam dan menyapa beliau, "assalamualaikum bang, minta tolong jadi imam.. imam masjid tak datang.. boleh bang.. tolong bang..." terkejut beliau dengan sapaan dan pelawaan aku yang tiba-tiba ni.. beliau tersenyum.. dan setuju untuk menjadi imam.. baru sahaja beliau nak bangun, terdengar qamat.. sudah ada imam.. seorang pakcik yang tadi beriya-iya menyuruh aku jadi imam tadi... aku meminta maaf sambil bersalam kepada abang Munif lantas dia menjawab Alhamdulillah, sudah ada imam dah... sambil tersenyum kepada aku...

Kumpulan Nasyid Hijjaz yang aku minati (suatu ketika dahulu semasa aku di sekolah rendah dikenali Nadamurni)
dari kiri : Isman Nadim bin Isam @ Manis Helma /  Manis Alia, Munif Ahmad @ Putera Aiman, Mohd Faizal bin Osman @ Abai Os, Allahyarham Salleh bin Ramli
Selesai solat maghrib.. memang dalam jangka masa pendek waktu maghrib ini memberi seribu erti kepada aku.. aku tersenyum memikirkan segala kejadian tatkala ku berada di rumah Allah ini. sungguh tenteram jiwa aku. selesai solat sunat, zikir, dan doa... aku terus hubungi rakan-rakan dan mereka yang bakal bertugas esok. Alhamdulillah perancangan berjalan lancar. Plannya.. esok... semua bertemu di Masjid UM. park kereta disini dan selepas Subuh naik ambulans ke 'location' pengambaran. InsyaAllah kita solat subuh berjemaah bersama-sama esok. Kenapa aku memilih masjid sebagai lokasi pertemuan? aku teringat nasihat Pengerusi Etiqa Malaysia, Hj Khiron; ketika sama-sama ingin ke rumah klien, beliau menasihatkan jika ingin merancang bertemu dengan seseorang terutama dengan rakan sepasukan biarlah masjid menjadi tempat pertemuan kerana pelbagai aktiviti yang sangat berfaedah boleh dilakukan sepanjang menunggu seseorang itu tiba seperti kita boleh solat dan solat sunat, kita boleh mengaji, kita boleh berehat, dan tak lepas juga kita boleh 'melepas' hehehe... ini akan mengingatkan dan mendekatkan diri kita kepada Allah bila berada di masjid... InsyaAllah.. itu yang aku akan lakukan...

aku bergerak meninggalkan masjid UM lebih kurang jam 8 malam. pergi mengisi minyak. dan pulang ke Hulu Langat rumah makabah aku kerana esok kena gerak awal untuk 'standby'. rinduku kepada anak dan isteri di Batangkali tidak terkira... hatiku tenang, sambil alunan zikir berkumat kamit di mulutku..

alang-alang baik terus solat isyak dulu. dalam perjalanan aku terus membelok kereta ku ke persimpangan masuk Bandar Tasek Permaisuri kerana ada masjid di situ. memang ketika ingin membelok kereta dapat ku lihat sepanjang Lebuhraya Metramac Cheras-Kajang trafik sangat sesak. dalam hatiku, baik aku solat dahulu. alang-alang baru nak masuk waktu.

Masjid Al-Najihin Bandar Tasek Permaisuri Cheras
Selesai mengambil wuduk.. aku ke ruang solat utama... SubhanAllah, aku terpesona, kagum melihat rekabentuk rumah Allah ini... kipas gergasi.. kalimah-kalimah yang bersinar dan tertera di dinding masjid.. kebersihan.. kekemasan... jumlah mereka yang hadir ramai... ketenangan dapat aku rasai.

Azan isyak berkumandang. SubhanAllah.. Maha Suci Allah.. laungan muazin memang sebijik laungan azan di Baitullah Tanah Haram Makkah... MasyaAllah... aku merasai derusan angin dan menyelami sahutan azan terasa diriku seperti berada di Kaabah Masjidilharam Makkah seperti dahulu ketika menunaikan umrah akhir tahun 2000 yang lalu.

Sebahagian dalam Masjid Al-Najihin Bandar Tasek Permaisuri Cheras
kesoronokan menunaikan solat dapat dirasai ditambah alunan surah yang dibaca imam sungguh merdu.. selesai solat aku melihat ramai di belakang bersama-sama menunaikan solat.. hatiku sangat gembira. tidak sabar untuk menaip dan menceritakan kisah aku hari ini untuk dikongsi bersama.

Aku pulang. Alhamdulillah jalan sangat 'clear'! aku sampai ke rumah makabahku lebih kurang 9.30 malam. melihat ayahku dan ibuku hatiku merasa sangat seronok. bagaikan meniti hari. tidak sabar untuk pulang ke Batangkali bertemu anakku Adam dan isteriku yang tercinta malam esok.

ku mohon pertolongan daripada-Mu Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.. Amin.. Amin.. Amin Ya Rabbal-Alamin..

Good Night..

End 20/08/2013@12:58AM

No comments:

Post a Comment